Monday, March 3, 2008

Markah

MARKAH UJIAN BAHASA ARAB UBB1 ( FEBRUARI 2008)

TAHUN :4A2

BIL

NAMA

MARKAH

1

WAN MOHD FARIS

73

2

NUR SHUHADA BT MOHD ROZMI

76

3

NUR SYAHIDA BT YUSOFF

76

4

NUR AIMAN THAQIFAH

76

5

SITI NUR FATIHAH

79

6

NURUL NADIA BT RAAZMI

57

7

SITI NUR SYAFIQAH BT MOHD SAUPI

82

8

NUR AMIRAH BT SAIPUDIN

54

9

NUR NAJWA SOLIHAH

94

10

SYAZWANI AZYAN

76

11

NUR WANDI ZAWANI BTE YUSZUZAINI

70

12

SITI NUR SYAFIKAH BT ISMAIL

57

13

MOHD AFIQ

73

14

NURIN NAZIFAH BT ABU BAKAR

73

15

MUHD IRFAN B SAUTI

82

16

NOR ANANNADA BT ABD AZIZ

82

17

HAFIY AMSYAR

76

18

MUHAMAD SYAQIR IRFAN

85

19

AHMAD HANNAN

82

20

QURRATU AINI

57

21

NURUL AMIRAH

85

22

NOR ADILAH BT C. ABD RAZAK

70

23

NUR AIN WAHIDA

79

24

SITI FARHANAH ADZMIRA BT CHE PA

70

25

MOHD IZZUDDIN

85

26

NOR NATASYA ASYIQIN

76

27

NUR SABILA BT FADLI

82

28

NUR AFWANI BT ZAHARI

70

29

NURUL NAJIHAH BINTI MD MAZELAN

70

30

NAUFAL

76

31

MOHD SAIFULLAH

67

32

AHMAD IDHAM B ABD HAMID

88

33

MOHD AWIS AKMAL B AMRUN

76

34

WAN MUHAMAD FADALI

67

35

TUAN ZULQARNAIN B TUAN RAMLI

67

36

MOHD AFANDI

67

37

MUHD ATTIRMIDZIE

57

38

MOHD AZAN SYAFIQ

67

39

WAN MOHD ADIB ZHORIIF

85

40

ZULFAHTAH

61

41

NUR SABIHA

91

42

MOHD SYAFIQ HAKIMIEY

70

Monday, January 7, 2008


klik pada image untuk pembesaran

MAKMAL j-QAF SEK KEB SRI MELOR
Sek Keb Melor, 16400, Kota Bharu, Kelantan

Sek Keb Melor atau singkatannya SKSM telah menjadi salah satu di antara dua sekolah yang mendapat kemudahan makmal j-QAF di Kelantan. Selain dari SKSM salah satu sekolah di Kelantan yang telah mendapat makmal j-QAF ialah Sek Keb Padang Garong 2.
Saya telah menyemak beberapa website j-QAF akan tetapi saya hanya mendapat maklumat maklumat yang di paparkan hanya meliputi berita berita tentang pelancaran makmal j-QAF tampa di terangkan dengan terperinci mengenai makmal itu sendiri dari segi bentuk, fungsi dan prosese P&P yang akan berlaku di dalamnya.
Di sini saya akan memberikan beberapa makluman untuk di kongsi bersama dengan guru guru yang berminat untuk mengetahui tentang perkara perkara tersebut.
PENGENALAN MAKMAL j-QAF

Sesuatu tempat di gelarkan sebagai sebuah makmal kerana proses yang berlaku di dalamnya. Makmal merujuk kepada apa apa tempat atau situasi atau rantaian keadaan yang memungkinkan berlakunya eksperimen, penyiasatan, penyelidikan atau sebagainya. Justeru itu bilik makmal adalah merupakan suatu tempat untuk melakukan penyelidikan terhadap sesuatu untuk mencapai sesuatu natijah.
Makmal j-QAF di wujudkan adalah bertujuan untuk mengkaji,menganalisa dan menghasilkan satu matlamat iaitu pembasmian buta Al Quran dan Jawi ,penerapan amalan Fardhu Ain dan pemartabatan Bahasa Arab.

Soalan: Mengapa perlukan sebuah bangunan/bilik khusus untuk melaksanakan proses tersebut. Bukankah bilik darjah juga boleh di gelarkan sebagai makmal.

Proses P&P j-QAF adalah berlainan dari proses P&P kebiasaan. Ini kerana sistem j-QAF adalah berbentuk sistem pemulihan di mana guru guru j-QAF akan mengambil pelajar pelajar yang lemah/betul betul lemah untuk di masukkan kedalam makmal. Di situlah pelajar pelajar tersebut akan di proses dengan P&P yang sama akan tetapi dengan persekitaran, alatan bantuan dan bilangan yang berbeza.
Di sini, beberapa perkara perlu di persetujui iaitu tahap penerimaan pelajaran murid bergantung kepada sejauh mana guru dapat menyampaikan kepada murid tersebut. Bagi bilangan murid yang ramai di dalam sesuatu kelas, sudah pastinya dengan berbagai bagai ragam dan keletah akan terdapat segelintir pelajar yang tercicir dari mengikuti P&P yang di ajarkan. Akibat dari keciciran yang pertama kadang kadang akan membawa kepada keciciran yang
kedua, ketiga seterusnya menghasilkan seorang pelajar yang tidak faham dan tidak dapat menguasai pelajaran.
Kerana itu P&P j-QAF berlaku dengan mengambil 10 orang bilangan pelajar yang betul betul lemah untuk di proses di dalam makmal j-QAF dan apabila mencapai pada satu tahap ia akan di masukkan semula kedalam kelas mengikuti P&P bersama pelajar lain. Pada waktu itu tahap kecicirannya telah di basmi dan pelajar tersebut berada pada kedudukan aras yang sama berbanding pelajar pelajar yang lain.
Sebelum itu, proses P&P pelajar yang lemah hanya berlaku di bilik bilik kosong yang tidak di gunakan , di surau surau sekolah dan adakalanya P&P sebegini tidak dapat di laksanakan berikutan tiada tempat.

Perlu di ingat , proses ini ialah proses pemulihan, perlukan satu kaedah pengajaran yang berlainan dari P&P biasa.

Soalan: Bagaimana jika tiada lagi pelajar yang lemah? Apa akan berlaku di dalam bilik j-QAF

Sejarah pendidikan tidak pernah mengatakan tidak ada terhadap masalah keciciran. Ini kerana jika kita memandang pada satu skop yang sempit sudah pasti kita rasakan perkara itu akan mungkin berlaku. Akan tetapi penglibatan pelajar dengan sistem j-QAF melibatkan tahun 1,2,3 dan pada tahun ini bermula bagi pelajar pelajar tahun 4. Sudah pastinya kita tidak dapat membasmi keciciran secara total. Katakanlah setiap tahun 1,2,3 dan 4 mempunyai lima kelas, dan bilangan murid tercicir dari setiap kelas ialah 10 orang, ini bermakna jumlah bilangan murid
tercicir ialah 200 orang. Bagaimana pula kalau keciciran tersebut melibatkan kesemua 4 pokok di dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam iaitu keciciran di dalam bahagian Al Quran, keciciran di dalam bahagian Jawi, keciciran di dalam bahagian Syariah dan Fardhu Ain dan keciciran di dalam Bahasa Arab.

Soalan: Mengapa hanya ICT,Pendidikan Islam , Kemahiran Hidup dan Sains di berikan makmal tampa subjek subjek lain mendapat seumpamanya?


Kesemua matapelajaran akan mendapat bahagian masing masing mengikut rancangan yang
telah di tetapkan.


BAHAGIAN BAHAGIAN MAKMAL j-QAF

Makmal j-QAF mempunyai bilik bilik yang berikut:

1- Bilik Wudhu`

2-Bilik P&P Al Quran
-Bilik ini di bahagikan kepada 3 bahagian di mana setiap bilik mempunyai 10 meja pelajar dan 1 meja guru. Bilik ini di lengkapi dengan perabut untuk menyimpan Al quran.

3-Bilik P&P Jawi
-P&P pemulihan Jawi akan berlaku di dalam bilik ini. Di lengkapi dengan perabut untuk menyimpan buku dan peralatan.

4-Bilik Utiliti

5-Bilik Komputer



klik pada image untuk pembesaran